Sabtu, 17 Mei 2014

:: sebenarnya aku tunang dia ::



"rahsiakan pertunangan, hebohkan perkahwinan." - hadis
ada beza antara heboh dan memberitahu. heboh itu dalam kata lainnya, adalah membesar-besarkan sesuatu. kita lihat masyarakat sekarang yang menghebohkan pertunangan dengan pelamin, khemah, jamuan besar-besaran, bla bla bla…walhal seharusnya belanja itu disalurkan untuk perkahwinan nanti, bukan ketika pertunangan.
memberitahu pula, kita beritahu orang terdekat atau rakan kita bahawa ‘saya dah bertunang.’ ini untuk mengelak kita dari diganggu oleh orang-orang tertentu, atau untuk memberitahu kita telah disunting. supaya nanti tiada orang yang tiba-tiba masuk meminang. karang jadi drama pulak ‘hah? dah bertunang? kenapa tak bagitahu awal-awal???’.
yang salah dalam menghebohkan itu adalah mengadakan majlis besar-besaran ketika bertunang, dan kemudian upload pulak di facebook. itu boleh menimbulkan riak. kalau majlis perkahwinan tak apalah, tapi majlis kahwin pun sebolehnya bersederhanalah (kerana sederhana itu lebih berkat dan indah). dan kita tidak digalakkan menghebohkan itu supaya menjaga air muka diri sendiri dan keluarga. katakanlah kalau nanti tak jadi kahwin, jadinya tak adalah malu atau yang sama waktu dengannya (tapi tak perlu la malu, (melainkan kita dah buat majlis grand bedebom heboh dekat orang, hah itu memang lah kena malu. sudah lah membazir, riak lagi pulak. eh.) sebab orang semua faham, kalau tak jadi, maknanya tak berjodoh la kan.
tunang ni, untuk menjaga diri kita jugak. kalau kita bagitahu kita dah bertunang, tak adalah orang syok lebih-lebih kat kita. dan kita pun akan lebih jadi berjaga-jaga. hidup ni tak macam drama atau novel. kebanyakan novel yang guna unsur kahwin ni dah macam menghina Islam pun ada. iyalah, kahwin kontraklah, kahwin sembunyi-sembunyi lah. lepas tu boleh pulak keluar makan dengan orang lain, padahal dah kahwin. lepas tu bila orang tu dah syok, baru nak suprise ‘sebenarnya saya isteri dia, sebenarnya saya suami dia, sebenarnya saya dah bertunang.’ kahwin pun boleh dianggap kontrak padahal kahwin tu ikatan suci. lepas tu kahwin pun nak sembunyi-sembunyi untuk apa pun entah saya pun tak tau. sebab tu Nabi kata, katakan yang benar walaupun pahit. dah kahwin, bagitahu la dah kahwin. ini nak sembunyi-sembunyi, lepas tu keluarkan tagline ‘sebenarnya saya isteri dia’. opppsss. ni dah lari topik.
status tunang tu penting untuk dijaga dan diberitahu. jangan heboh sangat, tapi berpadalah ketika memberitahu, supaya tak timbul salah faham seperti yang saya katakan di atas tadi. kadang-kadang zaman penuh fitnah ni, kena hati-hati. iyalah kalau kita keluar pergi beli barang dengan tunang, dan orang tak tahu itu tunang kita, nanti kena tuduh pergi dating pulak. jadi kita beritahu orang supaya nanti orang faham ‘oh dia pergi keluar beli barang kahwin dengan tunang.’ tapi kena ingat, tunang bukan lesen untuk keluar dating tak tentu hala !
 
 
nota kaki: Alhamdulillah dapat berita gembira dari dia ^^ semoga cepat walimahnya,jangan tunang lama-lama ;) 
 
 
 

:: yuk sampaikan ::



Kehidupan ini penuh dengan kejutan. Kita kena sentiasa bersedia untuk menghadapi setiap kejutan yang akan kita hadapi. Hari ini mungkin orang yang kita sayang sedang bergelak ketawa dengan kita, tapi esok hari dia pergi buat selamanya. Kita tidak tahu hari akan datang itu bagaimana. Semuanya Allah telah aturkan untuk kita. Kita hanya hamba-Nya yang melalui jalan-jalan yang penuh dengan kejutan yang telah dia aturkan.
Buat adik-adik dan sahabat yang tersayang, dalam usia kita melangkah ke alam remaja, ibu bapa akan jadi tempat kedua selepas kawan-kawan kita. Kita terlepas pandang hubungan kita dan ibu bapa kita semakin besar jurangnya. Kita alpa dengan kesoronokan bersama kawan-kawan kita sehinggakan kita tanpa sedar terpaksa meletakkan kawan-kawan kita sebagai keutamaan dalam kehidupan kita.
Tapi, adik-adik dan sahabat-sahabat tersayang, ketahuilah, dalam usia ibu bapa kita menjenguk zaman tua, mereka sangat mengharapkan kita menjadi sahabat mereka yang akan mendengar cerita mereka, yang akan melayani sedih dan gembira mereka, yang akan menemani kesunyian mereka. Dalam keadaan mereka merangkak ke usia tua, mereka sangat berharap agar anak-anak mereka ada bersama-sama dengan mereka. Saat inilah, mereka ingin habiskan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka. Mereka ingin mengganti masa yang mereka tak dapat bersama-sama dengan kita disaat mereka terpaksa mencari nafkah untuk kita, saat mereka dilambakkan dengan kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab mereka. Kita tidak akan tahu perasaan mereka ini selagi kita belum menjadi ibu dan ayah. Ya, kita juga punya tanggungjawab sebagai pelajar. Tapi, itu takkan jadi penghalang untuk kita menjadi sahabat kepada kedua ibu bapa kita.

Adik-adik dan sahabat-sahabat tersayang, hargailah setiap saat setiap minit kehadiran kedua ibu bapa kita dalam kehidupan kita. Jangan nanti saat Allah S.W.T menjemput mereka, kita menangis menyesal dengan tindakan kita. Jangan nanti apabila rindu mula mengigit jiwa kita, kita minta Allah putar semula waktu itu agar kita mampu bahagiakan hari-hari mereka. Sesungguhnya, yang lepas itu hanya akan jadi kenangan yang kita takkan dapat putar semula waktunya. Hargailah mereka kerana ramai lagi diluar sana yang masih mencari kasih seorang ibu dan ayah. Ramai lagi diluar sana yang menumpang kasih dengan orang yang bukan ada pertalian dengan mereka. Sayangilah ibu bapa kita kerana ramai lagi diluar sana yang tidak pernah melihat muka kedua ibu bapa apatah lagi ingin merasai kasih sayang seorang ibu dan ayah. Jagalah hati mereka kerana kelak kehidupan kita pasti akan bahagia. Kita bahagiakan kedua ibu bapa kita, Allah akan bahagiakan kehidupan kita tapi dengan cara yang berbeza. InsyaAllah. Semoga Allah redha perjalanan kita semua sebagai seorang anak kepada ibu bapa yang telah Dia tetapkan :)

Adik-adik dan sahabat-sahabat tersayang, selagi kedua ibu bapa kita ini masih hidup, mereka ada anugerah yang Allah hadirkan dalam diri mereka tanpa kita sedar. Doa mereka tak terhijab oleh Allah. Alangkah indahnya jika hidup seorang anak ini hari-harinya kedua ibu bapanya mendoakannya. Pasti Allah permudahkan segala urusan si anak ini. Bahagialah kehidupan anak ini jika ibu bapanya redha setiap langkah anaknya diatas muka bumi ini. Damailah hati anak ini kerana ibu bapanya ada bersama-samanya. Tenanglah hati anak ini kerana tahu, ibu dan ayah adalah hadiah yang Allah berikan dalam kehidupannya. Akan anak ini jaga kedua ibu bapanya kerana mereka adalah hadiah yang Allah titipkan kepada seorang anak sebagai satu mutiara yang sangat mahal, amanah yang kelak akan ditanya oleh Allah. Inilah ibu dan ayah kita. Sayangilah mereka. Cintailah mereka. InsyaAllah, kita akan dibayar bahagia oleh Allah :)










nota kaki: jika belum suarakan yang kita sayang mereka, sampaikanlah! ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...