"rahsiakan pertunangan, hebohkan
perkahwinan." - hadis
ada beza antara heboh dan
memberitahu. heboh itu dalam kata lainnya, adalah membesar-besarkan sesuatu.
kita lihat masyarakat sekarang yang menghebohkan pertunangan dengan pelamin,
khemah, jamuan besar-besaran, bla bla bla…walhal seharusnya belanja itu
disalurkan untuk perkahwinan nanti, bukan ketika pertunangan.
memberitahu pula, kita beritahu
orang terdekat atau rakan kita bahawa ‘saya dah bertunang.’ ini untuk mengelak
kita dari diganggu oleh orang-orang tertentu, atau untuk memberitahu kita telah
disunting. supaya nanti tiada orang yang tiba-tiba masuk meminang. karang jadi
drama pulak ‘hah? dah bertunang? kenapa tak bagitahu awal-awal???’.
yang salah dalam menghebohkan itu
adalah mengadakan majlis besar-besaran ketika bertunang, dan kemudian upload
pulak di facebook. itu boleh menimbulkan riak. kalau majlis perkahwinan tak
apalah, tapi majlis kahwin pun sebolehnya bersederhanalah (kerana sederhana itu
lebih berkat dan indah). dan kita tidak digalakkan menghebohkan itu supaya
menjaga air muka diri sendiri dan keluarga. katakanlah kalau nanti tak jadi
kahwin, jadinya tak adalah malu atau yang sama waktu dengannya (tapi tak perlu
la malu, (melainkan kita dah buat majlis grand bedebom heboh dekat orang, hah
itu memang lah kena malu. sudah lah membazir, riak lagi pulak. eh.) sebab orang
semua faham, kalau tak jadi, maknanya tak berjodoh la kan.
tunang ni, untuk menjaga diri kita
jugak. kalau kita bagitahu kita dah bertunang, tak adalah orang syok
lebih-lebih kat kita. dan kita pun akan lebih jadi berjaga-jaga. hidup ni tak
macam drama atau novel. kebanyakan novel yang guna unsur kahwin ni dah macam
menghina Islam pun ada. iyalah, kahwin kontraklah, kahwin sembunyi-sembunyi
lah. lepas tu boleh pulak keluar makan dengan orang lain, padahal dah kahwin.
lepas tu bila orang tu dah syok, baru nak suprise ‘sebenarnya saya isteri dia,
sebenarnya saya suami dia, sebenarnya saya dah bertunang.’ kahwin pun boleh
dianggap kontrak padahal kahwin tu ikatan suci. lepas tu kahwin pun nak
sembunyi-sembunyi untuk apa pun entah saya pun tak tau. sebab tu Nabi kata,
katakan yang benar walaupun pahit. dah kahwin, bagitahu la dah kahwin. ini nak
sembunyi-sembunyi, lepas tu keluarkan tagline ‘sebenarnya saya isteri dia’.
opppsss. ni dah lari topik.
status tunang tu penting
untuk dijaga dan diberitahu. jangan heboh sangat, tapi berpadalah ketika
memberitahu, supaya tak timbul salah faham seperti yang saya katakan di atas
tadi. kadang-kadang zaman penuh fitnah ni, kena hati-hati. iyalah kalau kita
keluar pergi beli barang dengan tunang, dan orang tak tahu itu tunang kita,
nanti kena tuduh pergi dating pulak. jadi kita beritahu orang supaya nanti
orang faham ‘oh dia pergi keluar beli barang kahwin dengan tunang.’ tapi kena
ingat, tunang bukan lesen untuk keluar dating tak tentu hala !