Assalamualaikum..
::pena
berbicara lagi::
setelah
sekian lama melayan tahap kemalasasn utuk tidak meng`update’ blog
dan melihat tahap ketebalan habuk blog yg semakin
menebal,Alhamdulillah hari ne timbul kerajinan 2k share something yg
ble mberikn manfaat kpd org len..insyaallah =)
dan
sebelum2 nya hari ne ana nk share ckit tntg satu artikel yg ana baca
dlm bberapa hari yg lalu..bagi ana benda ne pnting difahami dan
diketahui oleh setiap individu walupn mgkin dianggap hnya perkara
mudah oleh org len namun sebagai pejuang yg membntu agama allah ianya
satu cara menaikn semangat 2k terus melindungi agama islam!so tepuk
dada tnya iman…selamat membaca….=)
Definisi
Orientalis
Orientalis
berasal daripada perkataan ‘orient’ yang bererti ‘timur’.
Orientalis ialah gelaran kepada mereka yang berada di barat, tetapi
mengkaji mengenai budaya ‘timur’. Budaya ‘timur’ yang
biasanya diertikan ialah budaya Islam. Dengan kata lain,
orientalis ialah orang barat yang mengkaji mengenai ilmu-ilmu
Islam, tetapi mereka tidak menganut agama Islam. Bila imbuhan ‘isme’
dimasukkan iaitu ‘orientalisme’, ia menggambarkan cara
berfikir yang digunakan oleh orientalis. Oleh itu, mana-mana
orang yang menggunakan cara orientalis dianggap sebagai
mempunyai pemikiran orientalisme, tidak kiralah sama ada mereka Islam
atau tidak. Persoalannya, apakah pula cara orientalis ?Dalam
tamsilan yang dibawa, terdapat beberapa unsur yang perlu diberi
penelitian yang boleh menggambarkan sikap orientalis.
Pertamanya, untuk bercakap tentang sesuatu perkara, kita terlebih
dahulu melihat sendiri, atau melakukan penyelidikan sendiri untuk
mencari hakikat sebenar apa yang kita katakan. Jangan sekadar
bercakap dengan membawa cakap orang, lambat laun
jadilah khabar angin yang jauh daripada kebenaran. Begitulah
orientalis, mereka tidak sekadar belajar Islam daripada jauh,
tetapi mereka mendalami ilmu-ilmu Islam dengan mendalam, dengan
teliti dan tekun. Sekalipun mereka orang Amerika
yang tidak Islam, mereka mahir bahasa Arab, mahir ilmu nahu dan
saraf, mahir ilmu fiqh, tauhid, tafsir, sirah dan lain-lain lagi.
Mereka mengkaji sendiri sehingga ilmu mereka setanding dengan ilmu
para ulama’ Islam. Mereka engkaji ini
kerana
beberapa faktor. Antaranya ialah mereka ingin mengenali Islam dengan
sebenar, bukan sekadar cakap-cakap orang kalangan mereka. Mereka ini
biasanya akan menghasilkan karya-karya yang ikhlas mengenai Islam,
menjelaskan kebenaran Islam, dan kehebatan Islam
itu sendiri, melalui cara yang umat Islam sendiri pun mungkin tidak
dapat menemuinya. Selain itu ada unsur kedua dalam tamsilan di atas,
yang menggambarkan sikap sebahagian besar orientalis. Mereka
mengkaji sesuatu untuk mencari kelemahannya dan disebarluaskan kepada
umum. Contoh yang diberikan tadi ialah lubang hidung dikatakan lubang
sahaja. Dalam konteks orientalis, begitulah situasinya. Mana-mana
saja kelemahan yang wujud dalam
undang-undang
Islam, akan terus dikritik, dan dijadikan suatu kelemahan Islam dan
kekurangan supaya umat manusia kurang yakin terhadap Islam. Hujah
mereka berasaskan teori ilmiah yang kadang-kala sukar untuk umat
Islam sendiri menjawabnya.
Namun
kerap kali mereka tidak mendapati kelemahan Islam, mereka
menggunakan kelemahan hasil penyelidikan umat Islam atau pun mereka
mencipta hujah-hujah yang bodoh, menampakkan kebencian mereka
terhadap Islam, dan kajian mereka adalah semata-mata untuk
memperburukkan Islam.
Sikap-sikap
Orientalis
Seperti
yang fahami umum, rata-rata kebanyakan orientalis berperanan untuk
memberi gambaran buruk mengenai syariatIslam. Mereka akan mengkaji
Islam, lalu dicari kelemahan Islamuntuk diperbesar-besarkan. Apa yang
pasti syariat Islam adalahsuatu undang-undang yang sempurna yang
diturunkan oleh Allahs.w.t. tanpa sebarang kelemahan. Namun,
adakalanya, terdapatkelemahan yang berlaku di kalangan para ilmuan
Islam itusendiri yang gagal mengemukakan suatu pandangan yang
tepat,menyebabkan kelemahan ini selalunya dipergunakan oleh
orientalis
untuk memecahbelahkan umat Islam. Sebagai contoh,sikap terlalu
fanatik terhadap mazhab, telah menjadi asas
kepada
seorang bernama N.J Coulson (dalam buku Conflicts andTensions in
Islamic Laws) untuk mendakwa bahawa syariah Islam adalah tidak
konsisten kerana terlalu banyak perbezaan pendapat dalam
undang-undang Islam. Sekali pun perbezaan yang
wujud
hanyalah pada perkara yang menjadi ranting dalam syariatIslam,
orientalis telah menganggap perbezaan itu adalah suatuperbezaan
prinsip!Joseph Schacht, seorang penulis yang membuat kajian
mengenaihadith, telah mendakwa hadith tidak boleh menjadi sumber
dalamsyariat Islam kerana hadith telah terdedah kepada risiko
pembohongan. Beliau telah mengemukakan bukti yang kononnya
historikal,
yang menganggap pengumpulan hadith telah berlaku 4abad setelah
kematian Rasulullah s.a.w. dan hal ini telahmembawa kepada risiko
berlakunya penipuan. Sikap umat Islam,yang terlalu mementingkan
hadith berunsur fadilat amalan,sememangnya telah membantu kelahiran
hadith palsu yang banyak.
Bukti
ini dipergunakan oleh Schacht untuk menguatkan hujah
beliau.
Schacht juga telah mendakwa, sistem ‘sanad’ dalam ilmu
hadith
ialah unsur yang direka-reka oleh ulama’ hadith untuk
membuktikan
bahawa hadith telah mengalami sistem saringan.
Selain
itu, terdapat ramai para orientalis yang gagal menemui
kelemahan
al-Qur’an setelah mengkajinya, telah membuat tuduhan
melulu
terhadap Rasulullah s.a.w. . Theodor Nolderke
contohnya,
telah mengatakan baginda terkena penyakit gila
babi.
Banyak lagi tuduhan yang tidak berasas diberikan kepada
Rasulullah
s.a.w. .
Walau
bagaimana-pun, terdapat juga para orientalis yang
benar-benar
serius mengkaji Islam. Mereka mengkaji dengan
teliti
pendapat para ulama’ dan mereka membezakan antara
kelemahan
pendapat ulama’ dengan kedudukan al-Qur’an dan
al-Sunnah.
Wael Hallaq contohnya telah menolak pandangan
Schacht
tadi, dengan mengatakan bahawa pendapat Schacht tidak
seimbang
dan terlalu skeptikal. Hallaq berpendapat, kajian
terkini
contohnya yang dilakukan oleh Dr Mustafa Azami
menunjukkan
betapa lemahnya ide yang dibawa oleh Schacht. Ide
Schacht,
yang pernah dipelopori oleh Goldziher adalah tidak
saintifik.
M.Watt pula telah menolak pendapat Theodor tadi
berkata,
sekiranya Rasulullah s.a.w. tidak normal, tidak akan ada orang yang
tertarik dengan ajaran beliau sewaktu hayatnya..
tertarik dengan ajaran beliau sewaktu hayatnya..
Keburukan
kajian Orientalis
Sememangnya
banyak keburukan daripada kajian orientalis kerana
yang
menjadi asas kajian mereka adalah sikap anti-Islam.
Antaranya
ialah; orientalis telah menggunakan teknik persuasif
yang
cukup halus iaitu dengan memuji-muji kehebatan syariat
Islam,
untuk mendapat kepercayaan umat Islam terhadapnya.
Setelah
itu dia mengemukakan sedikit kelemahan, yang akhirnya
mudah
diterima oleh umat Islam. Kelemahan ini mungkin pada
pandangan
sesetengah orang adalah sedikit, tetapi secara tidak
langsung
ada yang terpengaruh dan menganggap terdapat
kelemahan
dalam syariat Allah s.w.t.. Antara taktik halus yang
digunakan
oleh orientalis ialah menyamakan antara
undang-undang
Islam dan Syariah Islam. Syariat Islam ialah
perkara-perkara
yang termaktub dalam al-Qur’an dan al-Sunnah
yang
tidak boleh mengalami sebarang perubahan, sekalipun
berubahnya
masa dan teknologi. Undang-undang Islam pula ialah
gabungan
antara unsur-unsur dalam Syariah Islam dengan realiti
semasa
hasil daripada penyelidikan yang dilakukan oleh para
ulama’
Islam, untuk dipraktik pada zaman mereka. Oleh itu,
undang-undang
Islam ini boleh menerima perubahan dan perbezaan
pendapat
dengan berubahnya teknologi dan situasi semasa.
Menyamakan
Syariah dan undang-undang cabang (positive laws)
boleh
mengelirukan umat Islam itu sendiri.
Selain
itu, kajian yang dilakukan oleh para orientalis tidak
mempunyai
unsur sangka baik terhadap karya-karya ulama’
terdahulu.
Sekiranya mereka mendapati terdapat perbezaan
antara
pandangan ulama’ mereka tidak cuba melakukan sebarang
proses
penyatuan yang boleh menyatukan pandangan para ulama’
pada
satu titik pertemuan. Dalam ilmu usul fiqh contohnya,
para
ulama’ banyak berbeza pendapat, tetapi kebanyakaan
perbezaan
ini hanya berbentuk istilah, bukannya prinsip. Namun
perbezaan
istilah ini dianggap sebagai perbezaan prinsip oleh
para
orientalis. Istilah siput dan kecar contohnya mempunyai
maksud
yang berbeza oleh masyarakat Kelantan dan Terengganu.
Siput
dianggap kecar oleh rakyat terengganu dan sebaliknya
dengan
kecar. Begitulah berlaku dalam istilah-istilah dalam
ilmu
usul fiqh.
kebaikan kajian orentalis
Sekalipun
ramai para orientalis telah memburuk-burukan Islam,
namun
terdapat beberapa sikap baik yang boleh dijadikan contoh
daripada
orientalis.
Pertamanya;
Sikap kerajinan mereka mengkaji Islam dengan
begitu
mendalam. Karya-karya yang dihasilkan oleh orientalis
adalah
terlalu banyak. Pelbagai kertas kerja yang dihasilkan
oleh
mereka hasil penyelidikan yang dilakukan menunjukkan
betapa
mereka begitu serius dengan tugas mereka. Sikap rajin
untuk
melakukan penyelidikan ilmiah harus dipupuk di kalangan
pelajar
Islam supaya mengkaji Islam, bukan setakat untuk
menjawab
segala bentuk tohmahan orientalis, tapi untuk
melakukan
pembaharuan terhadap undang-undang itu sendiri.
Keduanya;
Sebelum berkata tentang sesuatu sama ada baik atau
tidak,
orientalis telah melakukan kajian sendiri, dengan
melihat
Islam berasaskan menggunakan kanta yang lebih dekat.
Imam
al-Ghazali sendiri telah berkata, "Sebelum menghukum
sesuatu
sama ada benar atau tidak, dalami perkara itu terlebih
dahulu."
Ini bertentangan dengan sikap sesetengah umat Islam
yang
mudah berkata tentang sesuatu sekalipun dia sendiri tidak
mengetahuinya
dengan mendalam. Soal diri anda, sejauh mana
anda
tahu tentang hadith Rasulullah s.a.w.? Tapi sebanyak mana
anda
menggunakannya untuk bercakap?
Ketiganya;
Kajian orientalis adalah bersifat kritikal dan
bebas
daripada sebarang unsur taksub kepada mazhab, atau
fanatik
terhadap seseorang pemimpin, atau pemikiran, atau
ulama’.
Apa yang dimaksudkan baik di sini tidak bererti kita
boleh
menghina ulama’ silam. Ia bermaksud cara berfikir kita
kena
sentiasa kritis. Perlu diingatkan bahawa pendapat para
ulama’
silam adalah boleh dikritik dan bersikap kritis
terhadap
karya pemikiran mereka tidak bererti merendahkan
martabat
mereka. Ini kerana perbezaan teknologi dan suasana
memungkinkan
pandangan mereka tidak lagi sesuai dengan zaman
sekarang.
Imam al-Syatibi contohnya telah melakukan kajian
kritis
terhadap banyak pandangan ulama’ sebelumnya, sebelum
membawa
ide yang begitu hebat yang terkandung dalam buku
al-Muwafaqat,
yang merupakan pembaharuan terhadap teori
perundangan
Islam (usul fiqh). Imam Abu Yusuf juga telah
melakukan
kajian kritis dan mengubah lebih tiga suku pendapat
gurunya,
Imam Abu Hanifah, yang merupakan pengasas mazhab
Hanafi.
Perubahan yang dilakukan terhadap beberapa hukum yang
perlu
kerana perubahan suasana masyarakat.
Sikap
Kita Terhadap Karya-karya Orientalis
Remaja
Islam masa kini perlu menumpukan minda dan daya
intelektualiti
mereka terhadap kajian-kajian yang serius dan
tidak
lagi menggunakan maklumat-maklumat dan slogan-slogan
indah
untuk menampilkan Islam. Islam yang kita bayangkan dapat
menangani
orientalisme ialah Islam yang terhasil oleh
pemikiran
yang sentiasa mengkaji tanpa adanya noktah
perhentian.
Kita
selalunya menyebut bahawa Islam itu releven dengan setiap
masa,
Islam itu indah, Islam itu agama sempurna. Seharusnya
slogan-slogan
ini perlu dibuktikan secara ilmiah dan saintifik
dan
berasaskan dalil yang cukup bernas. Sebagai contoh, adakah
undang-undang
jenayah Islam benar-benar menjamin keadilan
sejagat?
Jika benar, mana buktinya? Adakah hukum potong tangan
itu
zalim? Adakah boleh dilaksanakan pada masa kini?
Persoalan-persoalan
ini boleh dijawab dengan mudah; Alla>h
s.w.t.
tidak akan menzalimi hamba-Nya. Tapi bagaimana untuk
dihuraikan
secara ilmiah dan dapat diterima oleh semua
manusia.
Jawapan hanya dapat diberikan oleh mereka yang begitu
serius
mengkaji ilmu pengetahuan serta berfikir secara terbuka
dan
rasional.
Berhati-hati
dengan karya orientalis adalah sikap yang paling
wajar.
Tetapi adalah tidak wajar sekiranya kita tidak membaca
langsung
karya-karya orientalis. Namun, membacanya mungkin
boleh
menyebabkan kita terpengaruh. So, bagaimana? Di sinilah
perlunya
kita bersikap terbuka tetapi pada masa yang sama
kritis.
Tidak semua orientalis menggambarkan Islam secara
salah,
bahkan ada di antara mereka yang memberi sumbangan
besar
dalam sejarah ilmu Islam. Kita boleh menerima apa yang
tidak
bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam, dan mengkaji
pandangan
mereka dengan kritis.
Kesimpulan
Serangan
orientalisme dalam pemikiran Islam adalah suatu
ancaman
yang sangat berbahaya. Bahkan bahayanya sukar untuk
dikesan.
Seumpama barah yang hanya dapat dikesan setelah
rosaknya
banyak. Justeru, para remaja kini tidak lagi boleh
berdiam
diri, belajar dalam cara yang lama; belajar tanpa
berfikir,
dan menggoyang kaki melihat nota. Proses
pembelajaran
kini perlu ditumpukan kepada mengkaji sesuatu.
Sebab
itu dalam pendidikan menengah, telah diwujudkan kajian
tempatan
seperti dalam subjek sejarah dan geografi.
Di
peringkat IPT, teknik pembelajaran berasaskan nota seperti
di
sekolah tidak lagi releven. Teknik berasaskan penyelidikan
perlu
digunakan iaitu dengen menyelongkar khazanah buku-buku
klasik
dan diberi penelitian kembali secara kritis dan ilmiah,
supaya
kita sendiri dapat menghasilkan kajian-kajian bermutu
mengenai
ilmu-ilmu Islam. Karya penyelidikan Islam seharusnya
dikeluarkan
oleh orang Islam dan dibaca dan dikaji oleh umat
Islam.
Dengan ini sahaja Islam dapat dibanggakan. Orientalis
harapnya
tidak sekadar mengkaji Islam, tetapi memeluk Islam
secara
beramai-ramai kerana terpegun dengan sistem Islam yang
telah
dibuktikan oleh penganutnya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan