Jumaat, 29 Jun 2012

::kahwin awal apa salahnya??:)



assalamualaikum..
::pena berbicara lagi::

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” – (H.R. Tirmidzi)




::Bertunang Bukan Tiket Buat Maksiat::



 assalamualaikum
::pena berbicara lagi::

 jom selami isu tunang zaman skrang yg kita rasa indah tp tnpa kta sedar kita melakukn perkara  mengundang kemurkaan allah.nahuzubillah..perkara ini la yg paling menakutkn..

Fenomena keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan muda mudi sekarang khususnya yang beragama Islam boleh menyebabkan merebaknya kelahiran anak luar nikah dan sebagainya. Itu adalah antara bukti-bukti penerimaan ibu bapa dan masyarakat sekeliling kepada aktiviti berdua-duaan pada pasangan bertunang. Jangan biarkan diri terhantuk baru tengadah. Sedarlah, pengaruh budaya barat dalam bidang sosial ini harus dianggap sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam sekaligus meruntuhkan kekuatan umat Islam.

   Oleh itu, walaupun sudah bertunang, jangan anggap ia sebagai tiket untuk berdua-duaan dan menghalalkan segala bentuk perhubungan sebagaimana suami isteri. Pastikan jalinan hubungan cinta itu tidak melanggar hukum Allah dengan tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan, tidak mendedahkan aurat, tidak meninggalkan solat dan sebagainya. Jangan jadikan hubungan tersebut perkara yang melalaikan dan merugikan. Kita masih belum menjadi hak milik pasangan kita sepenuhnya. Jagalah maruah agama, diri dan keluarga. Jangan disebabkan racun dalam percintaan ini disangka baja dan mampu menyuburkan hubungan yang dibina berkekalan kerana setiap apa yang berlaku berbalik kepada ketentuan Allah.

   Cinta yang suci dan terpelihara pasti akan membawa pasangan yang sudah bertunang ke gerbang perkahwinan sehingga kemanisannya dan kebahagiaannya tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ketika itulah fitrah menjadi anugerah.

ingatlah sahabt2 sekalian redha allah penting dalam dirti kita..siapa kita tnpa ada pelindugannya dari nya..jom tepuk dada tanya iman kita..:) islam itu indah dan lebih indah bila kita cuba meghayatinya..:)




 

Rabu, 14 Mac 2012

::jejak syurga atau jejak neraka::



ASsalamualaikum
::pena berbicara lagi::

hari ne nak share ckit....kita sekarang dihidupkan oleh Allah, di bumi Allah dan di dalam zaman yang Allah tentukan. Selepas itu kita akan dikembalikan, sama ada disedari atau tidak ke salah satu daripada dua negeri yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka.  
 Sekarang kita sedang berjalan ke destinasi yang kita sendiri pilih - syurga atau neraka. Allah menyediakan dua jalan untuk kita pilih. Terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jejak ke syurga atau jejak ke neraka.   
Namun begitu, Allah sudah memberitahu kita di dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman manis di syurga. Begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Nabi Muhammad saw. juga menguatkan lagi melalui hadis-hadisnya yang masih segar dibaca dan didengar hingga ke hari ini.  
Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya. Setiap sesuatu itu ada sebab-musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak syurga atau jejak neraka...  
                              

















Rabu, 22 Februari 2012

::remaja dan orentalis::

Assalamualaikum..

::pena berbicara lagi::

setelah sekian lama melayan tahap kemalasasn utuk tidak meng`update’ blog dan melihat tahap ketebalan habuk blog yg semakin menebal,Alhamdulillah hari ne timbul kerajinan 2k share something yg ble mberikn manfaat kpd org len..insyaallah =)
dan sebelum2 nya hari ne ana nk share ckit tntg satu artikel yg ana baca dlm bberapa hari yg lalu..bagi ana benda ne pnting difahami dan diketahui oleh setiap individu walupn mgkin dianggap hnya perkara mudah oleh org len namun sebagai pejuang yg membntu agama allah ianya satu cara menaikn semangat 2k terus melindungi agama islam!so tepuk dada tnya iman…selamat membaca….=)


Definisi Orientalis

Orientalis berasal daripada perkataan ‘orient’ yang bererti ‘timur’. Orientalis ialah gelaran kepada mereka yang berada di barat, tetapi mengkaji mengenai budaya ‘timur’. Budaya ‘timur’ yang biasanya diertikan ialah budaya Islam. Dengan kata lain, orientalis ialah orang barat yang mengkaji mengenai ilmu-ilmu Islam, tetapi mereka tidak menganut agama Islam. Bila imbuhan ‘isme’ dimasukkan iaitu ‘orientalisme’, ia menggambarkan cara berfikir yang digunakan oleh orientalis. Oleh itu, mana-mana orang yang menggunakan cara orientalis dianggap sebagai mempunyai pemikiran orientalisme, tidak kiralah sama ada mereka Islam atau tidak. Persoalannya, apakah pula cara orientalis ?Dalam tamsilan yang dibawa, terdapat beberapa unsur yang perlu diberi penelitian yang boleh menggambarkan sikap orientalis. Pertamanya, untuk bercakap tentang sesuatu perkara, kita terlebih dahulu melihat sendiri, atau melakukan penyelidikan sendiri untuk mencari hakikat sebenar apa yang kita katakan. Jangan sekadar bercakap dengan membawa cakap orang, lambat laun jadilah khabar angin yang jauh daripada kebenaran. Begitulah orientalis, mereka tidak sekadar belajar Islam daripada jauh, tetapi mereka mendalami ilmu-ilmu Islam dengan mendalam, dengan teliti dan tekun. Sekalipun mereka orang Amerika yang tidak Islam, mereka mahir bahasa Arab, mahir ilmu nahu dan saraf, mahir ilmu fiqh, tauhid, tafsir, sirah dan lain-lain lagi. Mereka mengkaji sendiri sehingga ilmu mereka setanding dengan ilmu para ulama’ Islam. Mereka engkaji ini
kerana beberapa faktor. Antaranya ialah mereka ingin mengenali Islam dengan sebenar, bukan sekadar cakap-cakap orang kalangan mereka. Mereka ini biasanya akan menghasilkan karya-karya yang ikhlas mengenai Islam, menjelaskan kebenaran Islam, dan kehebatan Islam itu sendiri, melalui cara yang umat Islam sendiri pun mungkin tidak dapat menemuinya. Selain itu ada unsur kedua dalam tamsilan di atas, yang menggambarkan sikap sebahagian besar orientalis. Mereka mengkaji sesuatu untuk mencari kelemahannya dan disebarluaskan kepada umum. Contoh yang diberikan tadi ialah lubang hidung dikatakan lubang sahaja. Dalam konteks orientalis, begitulah situasinya. Mana-mana saja kelemahan yang wujud dalam
undang-undang Islam, akan terus dikritik, dan dijadikan suatu kelemahan Islam dan kekurangan supaya umat manusia kurang yakin terhadap Islam. Hujah mereka berasaskan teori ilmiah yang kadang-kala sukar untuk umat Islam sendiri menjawabnya.


  Namun kerap kali mereka tidak mendapati kelemahan Islam, mereka menggunakan    kelemahan hasil penyelidikan umat Islam atau pun mereka mencipta hujah-hujah yang bodoh, menampakkan kebencian mereka terhadap Islam, dan kajian mereka adalah semata-mata untuk memperburukkan Islam.


Sikap-sikap Orientalis


Seperti yang fahami umum, rata-rata kebanyakan orientalis berperanan untuk memberi gambaran buruk mengenai syariatIslam. Mereka akan mengkaji Islam, lalu dicari kelemahan Islamuntuk diperbesar-besarkan. Apa yang pasti syariat Islam adalahsuatu undang-undang yang sempurna yang diturunkan oleh Allahs.w.t. tanpa sebarang kelemahan. Namun, adakalanya, terdapatkelemahan yang berlaku di kalangan para ilmuan Islam itusendiri yang gagal mengemukakan suatu pandangan yang tepat,menyebabkan kelemahan ini selalunya dipergunakan oleh
orientalis untuk memecahbelahkan umat Islam. Sebagai contoh,sikap terlalu fanatik terhadap mazhab, telah menjadi asas
kepada seorang bernama N.J Coulson (dalam buku Conflicts andTensions in Islamic Laws) untuk mendakwa bahawa syariah Islam adalah tidak konsisten kerana terlalu banyak perbezaan pendapat dalam undang-undang Islam. Sekali pun perbezaan yang
wujud hanyalah pada perkara yang menjadi ranting dalam syariatIslam, orientalis telah menganggap perbezaan itu adalah suatuperbezaan prinsip!Joseph Schacht, seorang penulis yang membuat kajian mengenaihadith, telah mendakwa hadith tidak boleh menjadi sumber dalamsyariat Islam kerana hadith telah terdedah kepada risiko pembohongan. Beliau telah mengemukakan bukti yang kononnya
historikal, yang menganggap pengumpulan hadith telah berlaku 4abad setelah kematian Rasulullah s.a.w. dan hal ini telahmembawa kepada risiko berlakunya penipuan. Sikap umat Islam,yang terlalu mementingkan hadith berunsur fadilat amalan,sememangnya telah membantu kelahiran hadith palsu yang banyak.
Bukti ini dipergunakan oleh Schacht untuk menguatkan hujah
beliau. Schacht juga telah mendakwa, sistem ‘sanad’ dalam ilmu
hadith ialah unsur yang direka-reka oleh ulama’ hadith untuk
membuktikan bahawa hadith telah mengalami sistem saringan.
Selain itu, terdapat ramai para orientalis yang gagal menemui
kelemahan al-Qur’an setelah mengkajinya, telah membuat tuduhan
melulu terhadap Rasulullah s.a.w. . Theodor Nolderke
contohnya, telah mengatakan baginda terkena penyakit gila
babi. Banyak lagi tuduhan yang tidak berasas diberikan kepada
Rasulullah s.a.w. .

Walau bagaimana-pun, terdapat juga para orientalis yang
benar-benar serius mengkaji Islam. Mereka mengkaji dengan
teliti pendapat para ulama’ dan mereka membezakan antara
kelemahan pendapat ulama’ dengan kedudukan al-Qur’an dan
al-Sunnah. Wael Hallaq contohnya telah menolak pandangan
Schacht tadi, dengan mengatakan bahawa pendapat Schacht tidak
seimbang dan terlalu skeptikal. Hallaq berpendapat, kajian
terkini contohnya yang dilakukan oleh Dr Mustafa Azami
menunjukkan betapa lemahnya ide yang dibawa oleh Schacht. Ide
Schacht, yang pernah dipelopori oleh Goldziher adalah tidak
saintifik. M.Watt pula telah menolak pendapat Theodor tadi
berkata, sekiranya Rasulullah s.a.w. tidak normal, tidak akan ada orang yang
tertarik dengan ajaran beliau sewaktu hayatnya..

Keburukan kajian Orientalis

Sememangnya banyak keburukan daripada kajian orientalis kerana
yang menjadi asas kajian mereka adalah sikap anti-Islam.
Antaranya ialah; orientalis telah menggunakan teknik persuasif
yang cukup halus iaitu dengan memuji-muji kehebatan syariat
Islam, untuk mendapat kepercayaan umat Islam terhadapnya.
Setelah itu dia mengemukakan sedikit kelemahan, yang akhirnya
mudah diterima oleh umat Islam. Kelemahan ini mungkin pada
pandangan sesetengah orang adalah sedikit, tetapi secara tidak
langsung ada yang terpengaruh dan menganggap terdapat
kelemahan dalam syariat Allah s.w.t.. Antara taktik halus yang
digunakan oleh orientalis ialah menyamakan antara
undang-undang Islam dan Syariah Islam. Syariat Islam ialah
perkara-perkara yang termaktub dalam al-Qur’an dan al-Sunnah
yang tidak boleh mengalami sebarang perubahan, sekalipun
berubahnya masa dan teknologi. Undang-undang Islam pula ialah
gabungan antara unsur-unsur dalam Syariah Islam dengan realiti
semasa hasil daripada penyelidikan yang dilakukan oleh para
ulama’ Islam, untuk dipraktik pada zaman mereka. Oleh itu,
undang-undang Islam ini boleh menerima perubahan dan perbezaan
pendapat dengan berubahnya teknologi dan situasi semasa.
Menyamakan Syariah dan undang-undang cabang (positive laws)
boleh mengelirukan umat Islam itu sendiri.
Selain itu, kajian yang dilakukan oleh para orientalis tidak
mempunyai unsur sangka baik terhadap karya-karya ulama’
terdahulu. Sekiranya mereka mendapati terdapat perbezaan
antara pandangan ulama’ mereka tidak cuba melakukan sebarang
proses penyatuan yang boleh menyatukan pandangan para ulama’
pada satu titik pertemuan. Dalam ilmu usul fiqh contohnya,
para ulama’ banyak berbeza pendapat, tetapi kebanyakaan
perbezaan ini hanya berbentuk istilah, bukannya prinsip. Namun
perbezaan istilah ini dianggap sebagai perbezaan prinsip oleh
para orientalis. Istilah siput dan kecar contohnya mempunyai
maksud yang berbeza oleh masyarakat Kelantan dan Terengganu.
Siput dianggap kecar oleh rakyat terengganu dan sebaliknya
dengan kecar. Begitulah berlaku dalam istilah-istilah dalam
ilmu usul fiqh.


                                                             kebaikan kajian orentalis

Sekalipun ramai para orientalis telah memburuk-burukan Islam,
namun terdapat beberapa sikap baik yang boleh dijadikan contoh
daripada orientalis.
Pertamanya; Sikap kerajinan mereka mengkaji Islam dengan
begitu mendalam. Karya-karya yang dihasilkan oleh orientalis
adalah terlalu banyak. Pelbagai kertas kerja yang dihasilkan
oleh mereka hasil penyelidikan yang dilakukan menunjukkan
betapa mereka begitu serius dengan tugas mereka. Sikap rajin
untuk melakukan penyelidikan ilmiah harus dipupuk di kalangan
pelajar Islam supaya mengkaji Islam, bukan setakat untuk
menjawab segala bentuk tohmahan orientalis, tapi untuk
melakukan pembaharuan terhadap undang-undang itu sendiri.
Keduanya; Sebelum berkata tentang sesuatu sama ada baik atau
tidak, orientalis telah melakukan kajian sendiri, dengan
melihat Islam berasaskan menggunakan kanta yang lebih dekat.
Imam al-Ghazali sendiri telah berkata, "Sebelum menghukum
sesuatu sama ada benar atau tidak, dalami perkara itu terlebih
dahulu." Ini bertentangan dengan sikap sesetengah umat Islam
yang mudah berkata tentang sesuatu sekalipun dia sendiri tidak
mengetahuinya dengan mendalam. Soal diri anda, sejauh mana
anda tahu tentang hadith Rasulullah s.a.w.? Tapi sebanyak mana
anda menggunakannya untuk bercakap?
Ketiganya; Kajian orientalis adalah bersifat kritikal dan
bebas daripada sebarang unsur taksub kepada mazhab, atau
fanatik terhadap seseorang pemimpin, atau pemikiran, atau
ulama’. Apa yang dimaksudkan baik di sini tidak bererti kita
boleh menghina ulama’ silam. Ia bermaksud cara berfikir kita
kena sentiasa kritis. Perlu diingatkan bahawa pendapat para
ulama’ silam adalah boleh dikritik dan bersikap kritis
terhadap karya pemikiran mereka tidak bererti merendahkan
martabat mereka. Ini kerana perbezaan teknologi dan suasana
memungkinkan pandangan mereka tidak lagi sesuai dengan zaman
sekarang. Imam al-Syatibi contohnya telah melakukan kajian
kritis terhadap banyak pandangan ulama’ sebelumnya, sebelum
membawa ide yang begitu hebat yang terkandung dalam buku
al-Muwafaqat, yang merupakan pembaharuan terhadap teori
perundangan Islam (usul fiqh). Imam Abu Yusuf juga telah
melakukan kajian kritis dan mengubah lebih tiga suku pendapat
gurunya, Imam Abu Hanifah, yang merupakan pengasas mazhab
Hanafi. Perubahan yang dilakukan terhadap beberapa hukum yang
perlu kerana perubahan suasana masyarakat.

Sikap Kita Terhadap Karya-karya Orientalis

Remaja Islam masa kini perlu menumpukan minda dan daya
intelektualiti mereka terhadap kajian-kajian yang serius dan
tidak lagi menggunakan maklumat-maklumat dan slogan-slogan
indah untuk menampilkan Islam. Islam yang kita bayangkan dapat
menangani orientalisme ialah Islam yang terhasil oleh
pemikiran yang sentiasa mengkaji tanpa adanya noktah
perhentian.
Kita selalunya menyebut bahawa Islam itu releven dengan setiap
masa, Islam itu indah, Islam itu agama sempurna. Seharusnya
slogan-slogan ini perlu dibuktikan secara ilmiah dan saintifik
dan berasaskan dalil yang cukup bernas. Sebagai contoh, adakah
undang-undang jenayah Islam benar-benar menjamin keadilan
sejagat? Jika benar, mana buktinya? Adakah hukum potong tangan
itu zalim? Adakah boleh dilaksanakan pada masa kini?
Persoalan-persoalan ini boleh dijawab dengan mudah; Alla>h
s.w.t. tidak akan menzalimi hamba-Nya. Tapi bagaimana untuk
dihuraikan secara ilmiah dan dapat diterima oleh semua
manusia. Jawapan hanya dapat diberikan oleh mereka yang begitu
serius mengkaji ilmu pengetahuan serta berfikir secara terbuka
dan rasional.
Berhati-hati dengan karya orientalis adalah sikap yang paling
wajar. Tetapi adalah tidak wajar sekiranya kita tidak membaca
langsung karya-karya orientalis. Namun, membacanya mungkin
boleh menyebabkan kita terpengaruh. So, bagaimana? Di sinilah
perlunya kita bersikap terbuka tetapi pada masa yang sama
kritis. Tidak semua orientalis menggambarkan Islam secara
salah, bahkan ada di antara mereka yang memberi sumbangan
besar dalam sejarah ilmu Islam. Kita boleh menerima apa yang
tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam, dan mengkaji
pandangan mereka dengan kritis.

Kesimpulan
Serangan orientalisme dalam pemikiran Islam adalah suatu
ancaman yang sangat berbahaya. Bahkan bahayanya sukar untuk
dikesan. Seumpama barah yang hanya dapat dikesan setelah
rosaknya banyak. Justeru, para remaja kini tidak lagi boleh
berdiam diri, belajar dalam cara yang lama; belajar tanpa
berfikir, dan menggoyang kaki melihat nota. Proses
pembelajaran kini perlu ditumpukan kepada mengkaji sesuatu.
Sebab itu dalam pendidikan menengah, telah diwujudkan kajian
tempatan seperti dalam subjek sejarah dan geografi.
Di peringkat IPT, teknik pembelajaran berasaskan nota seperti
di sekolah tidak lagi releven. Teknik berasaskan penyelidikan
perlu digunakan iaitu dengen menyelongkar khazanah buku-buku
klasik dan diberi penelitian kembali secara kritis dan ilmiah,
supaya kita sendiri dapat menghasilkan kajian-kajian bermutu
mengenai ilmu-ilmu Islam. Karya penyelidikan Islam seharusnya
dikeluarkan oleh orang Islam dan dibaca dan dikaji oleh umat
Islam. Dengan ini sahaja Islam dapat dibanggakan. Orientalis
harapnya tidak sekadar mengkaji Islam, tetapi memeluk Islam
secara beramai-ramai kerana terpegun dengan sistem Islam yang
telah dibuktikan oleh penganutnya!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...