BACALAH,IANYA BUKAN SEKADAR PERKONGSIAN TAPI IA ADALAH HAKIKAT YANG SEMAKIN KITA LUPAKAN...
hari demi hari dilalui, semakin banyak jalan yang disusuri..
semakin ramai insan yang dikenali..
semakin jualah kita lupa diri..
lupa pada yang maha Mencipta kita, lupa pada nikmat yang diberi-Nya
semakin jauh masa ditinggalkan, semakin dekat maut mendatang namaun berapa ramai yang ingat dan sedar??
berapa ramai yang manusia yang setiap hari bermuhasabah mengenang dosanya? berapa ramai yang sedar betapa indahnya cara Allah aturkan perjalanan hidup kita di dunia ini..
meskipun mesej ini adalah 'simple' namun besarlah harapan diri ini andai ada seorang pun yang merenung dan mendalami bait-bait yang akan kalian baca selepas ini..insyaallah, semoga anda semua sentiasa diberi hidayah dan petunjuk-Nya.
aminnn....
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi
penilai yang baik
Memang ALLAH sengaja menemukan kiat
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa
mengharapkan pertolongan ALLAH
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
KASIH SAYANG YANG TERBAIK ,
KHAS UNTUK DIRI KITA...
Memang ALLLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG
kerana mengingatkan kita bahawa dia
bukanlah pilihan yang hebat buat kita
dan kehidupan kita pada masa akan datang...
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
mengutip pengalaman yang tak semua orang
berpeluang untuk mengalaminya
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orng yang salah supaya kita jadi
MANUSIA yang HEBAT JIWANYA
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita lebih
faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA
BERSAMA ALLAH
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita LEBIH
MENGENALI KEHIDUPAN yang TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan
sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita
semakin hampir ke penghujungnya.
Hari esokpun kita sendiri tak pasti sama ada menjadi
milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan
melaksanakan suruhan-NyA dan meninggalkan larangan-Nya
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu
untuk menolak permintaan hamba-Nya yang
menadah tangan dengan penuh
pengharapan kepada-NYa
semoga mesej ini mampu memberi sedikit pengisian kepadasahabat-sahabat sekalian.
wassalam..terima kasih kerana sudi membaca........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan