Isnin, 27 Disember 2010

Sesungguhnya allah memang sengaja.

 BACALAH,IANYA BUKAN SEKADAR PERKONGSIAN TAPI IA ADALAH HAKIKAT YANG SEMAKIN KITA LUPAKAN...

hari demi hari dilalui, semakin banyak jalan yang disusuri..
semakin ramai insan yang dikenali..
semakin jualah kita lupa diri..
lupa pada yang maha Mencipta kita, lupa pada nikmat yang diberi-Nya
semakin jauh masa ditinggalkan, semakin dekat maut mendatang namaun berapa ramai yang ingat dan sedar??
berapa ramai yang manusia yang setiap hari bermuhasabah mengenang dosanya? berapa ramai yang sedar betapa indahnya cara Allah aturkan perjalanan hidup kita di dunia ini..
meskipun mesej ini adalah 'simple' namun besarlah harapan diri ini andai ada seorang pun yang merenung dan mendalami bait-bait yang akan kalian baca selepas ini..insyaallah, semoga anda semua sentiasa diberi hidayah dan petunjuk-Nya.
aminnn....

Memang ALLAH sengaja menemukan kita 
dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi
penilai yang baik

Memang ALLAH sengaja menemukan kiat
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa
mengharapkan pertolongan ALLAH

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
KASIH SAYANG YANG TERBAIK ,
KHAS UNTUK DIRI KITA...

Memang ALLLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG
kerana mengingatkan kita bahawa dia
bukanlah pilihan yang hebat buat kita
dan kehidupan kita pada masa akan datang...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita 
dengan orang yang salah supaya kita dapat
mengutip pengalaman yang tak semua orang
berpeluang untuk mengalaminya

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orng yang salah supaya kita jadi
MANUSIA yang HEBAT JIWANYA

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita lebih
faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA
BERSAMA ALLAH

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita LEBIH
MENGENALI KEHIDUPAN yang TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan
sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita
semakin hampir ke penghujungnya.
Hari esokpun kita sendiri tak pasti sama ada menjadi
milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan
melaksanakan suruhan-NyA dan meninggalkan larangan-Nya

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu
untuk menolak permintaan hamba-Nya yang
menadah tangan dengan penuh
pengharapan kepada-NYa

semoga mesej ini mampu memberi sedikit pengisian kepadasahabat-sahabat sekalian.
wassalam..terima kasih kerana sudi membaca........

Isnin, 20 Disember 2010

TANYA USTAZ...


“Ustadz, apa hukum 'BER "COUPLE" ?

Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. 

Antaranya :

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA

Sesebuah perhubungan ˜istimewa" antara seorang lelaki dan wanitaseharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untukberkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan sepertitersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur,bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA

Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti sepertiber"dating", ber"shoping" dan sebagainya hatta ada yang sampai keperingkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu)menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring"seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti didalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus,perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubunganbebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabilaSyariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atautindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turutdiharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepadayang haram, maka ia juga menjadi haram. Justeru berdasarkan kaedahini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat jugaadalah haram.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA

Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanitamuslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang silelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akanbertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkandirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atausetidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telahdimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlakuperpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuatpelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut.Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnyaberlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatanseorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaanmaruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dankerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang diluar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.

KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR

Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyakmenghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT)atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya.Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelakiyang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana siperempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaankad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanyakhabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset merekabeberapa kali dalam seminggu. Cubabayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangatremeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalahpemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian.Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayarselepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang inikepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA

Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktukepada perkara yangtidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amatterhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatanyang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secaramarathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatanyang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yangdigunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan dihadapan Allah.


Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkansecara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalangperbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perludipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, makastatus perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelakudaripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal HaramFil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)



Hukum 'Ber dating'

[SOALAN]

Adakah "berdating" itu tergolong dalam dosa-dosa besar?

Muslimat, Kajang

[JAWAPAN]

Berdating bererti menghampiri perzinaan. Dalam Islam seseorang itu dilarang keras dari menghampiri perzinaan(surah al isra' ayat 32 ; janganlah kamu mendekati zina) Oleh kerana pezinaan itu mendatangkan dosa besar, maka melakukan perbuatan yang boleh membawa kepada perzinaan termasuklah Dating ini adalah haram dan berdosa.Kaedah feqah menjelaskan "Setiap sesuatu yang membawa kepada perlakuan yang haram, maka hukum melakukan perkara tersebut adalah haram". Jauhilah dari berdating kerana ianya adalah jalan mudah bagi syaitan menjerumuskan anak Adam ke lembah perzinaan. Jauhilah dari berdating kerana orang yang ketiga di masa itu ialah syaitan.

"Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah / kahwin dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan".


Hukum Ber"dating" Dengan Tunang

Soalan:

Saya ni sudah bertunang..selalunya kalau saya jumpa dengan tunang saya.. kami hanya berdua. Seperti saya dinasihati oleh kawan saya untuk membawa sesiapa yang mahram dengan saya untuk menjauhi daripada fitnah dan maksiat. Cuma ustaz.. bila ada orang lain, kami segan nak cakap dan 

apabila hanya kami berdua saja pun, masing2 kurang bercakap kecuali ada perkara yang terlintas difikiran untuk dibincangkan. Selalu pun kalau jumpa, kami pergi makan dan window shopping. Jumpa memang dah jarang hanya sebulan sekali je. Kita orang takde lah nak pegang tangan apa hanya jalan beriringan je. Jadi soalan saya.."boleh ke kami berjumpa berdua-duaan..?sedangkan ada hukum menyatakan haram".

Jawapan

Sebagai muqadimah bagi artikel ini, lebih eloklah saya memberikan maksud ikatan pertunangan sebagai pendedahan kepada semua pengunjung apa yang di maksudkan dengan pertunangan dalam Islam. Menurut Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya Asas-asas Fardhu Ain sebagai berikut :

“Peminangan adalah melahirkan keinginan untuk berkahwin atau permintaan dari seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk mengahwininya, sama ada dilakukan oleh lelaki itu secara langsung atau tidak langsung iaitu dengan perantaraan orang lain yang boleh dipercayai sesuai dengan ketentuan agama.”

Jelas di sini bahawa ikatan perkahwinan adalah tanda keinginan seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk mengahwininya dengan ikatan perkahwinan yang sebenar. Sebenarnya ikatan perkahwinan ini tiada istilah yang membolehkan mereka keluar berdua-duaan walaupun berjumpa seketika untuk menyampaikan sesuatu hasrat yang terpendam atau sebaliknya. Hadis Nabi Muhammad saw yang bermaksud :

"Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah / kahwin dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan".

Dapat difahami bahawa Islam tidak membenarkan pasangan lelaki dan perempuan yang sudah bertunang atau belum bertunang berjumpa berdua-duaan walaupun dalam apa jua alasan. Sebab ini akan menimbulkan fitnah dan buruk sangka orang ramai terhadap pasangan tersebut. Bagi pendapat saya, jumpa walaupun membincangkan hal-hal penting pun juga tidak boleh dan haram, kerana dikuatiri perbuatan tersebut dapat menghampiri zina. Jika tidak menghampiri zina, maka ia akan berlaku fitnah di atas perempuan atau pasangan tersebut dengan mengatakan bahawa perempuan atau pasangan tersebut tidak mempunyai maruah. Adakah anda suka orang awam mengatakan anda tidak mempunyai maruah? Kalau tidak suka, maka jangan berjumpa berdua-duaan di tempat tersembunyi atau di tempat awam. Firman Allah yang bermaksud :

“Perempuan-perempuan Yang soleh itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.” (An-Nisa :34)

Wanita yang soleh adalah wanita yang memelihara kehormatannay sebagai seorang wanita yang suci dan tidak pernah difitnah disebabkan perbuatannya atau keluar berdua-duaan dengan lelaki atau tunangnya. Janganlah mencari 1001 alasan untuk menghalalkan perbuatan yang memang jelas di dalam Islam adalah haram sepertimana keluar berdua-duaan kononnya untuk membincangkan sesuatu masalah, hanya pergi membeli belah dan sebagainya. Allah sangat membenci orang yang sentiasa mencari jalan untuk menghalalkan perkara yang haram. Jelas bahawa yang haram itu jelas dan yang halal itu jelas dan tidak ada perkara yang perlu dipertikaikan lagi.

Menurut pandangan Dr.Yusof Al Qardawi dalam Fatawa Muasoroh (fiqh kontemporari) mengatakan bahawa :

“Selama mana akad kahwin (ijab dan qabul) belum ditunaikan oleh tunang laki dan tunang wanita (belum sah nikah/kahwin mereka mengikut 'uruf-adat, syarak dan undang-undang), maka keadaan masih seperti hukum asal.”

Hukum asal yang dimaksudkan oleh Dr. Yusof Al-Qardawi dalam masalah ini ialah seperti berikut :1. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk berkhalwat(berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah) dengan khatibnya (tunang lelaki) kecuali bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.2. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk bermusafir atau melancong dengan khatibnya (tunang lelaki) kecuali bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.

Jika ada apa-apa perkara yang ingin dibincangkan, bolehlah melalui talifon, YM, Facebook dan sebagainya,  Tapi ingat jangan sampai laqa (lalai) sehingga boleh menyumbang kearah maksiat. Paling baik sekali, panggil tunang lelaki datang kerumah ketika mana ibu dan ayah ada di rumah dan berbincanglah di depan ibu dan bapa, hal ini lebih berkesan untuk menjauhkan lagi dari perbuatan menghampiri zina atau maksiat. 

Berbual dengan Bukan Mahram Melalui Telefon

[SOALAN]

Seorang lelaki dan seorang wanita bukan mahram menjalin hubungan dengan sering berhubung melalui telefon. Mereka berbual mesra tentang kehidupan seharian, perasaan hati masing-masing, ataupun hanya berbual kosong kerana seronok dapat berbual mesra antara satu sama lain. Apakah pendapat ustaz tentang perkara ini? Apakah hukumnya?

Marina, Ipoh

[JAWAPAN]

Seorang lelaki tidak boleh berdua-duaan dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya di tempat yang sunyi kerana perbuatan ini dilarang keras oleh Islam. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad menjelaskan larangan berdua-duaan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan kerana pihak yang ketiganya adalah syaitan. Setiap orang Islam wajib mematuhi larangan ini dan jangan cuba sekali-kali melanggarnya, kerana ia melibatkan hukum-hukum Allah.

Al-Quran menjelaskan dalam surah Al-Maidah orang yang melanggar hukum Allah tidak sunyi dari 3 kumpuilan manusia iaitu samada termasuk ke dalam golongan orang yang fasik, atau zalim ataupun kafir. Termasuk ke dalam ertikata berkhalwat yang dilarang oleh Islam ialah berbual di dalam telefon dengan perempuan yang bukan mahram, sambil menyatakan perasaan hati masing-masing tanpa tujuan yang syar'i, kerana ia menjadi jalan ke arah khalwat dan khalwat menjadi jalan ke arah perzinaan. Setiap yang menjadi jalan ke arah itu hendaklah ditutup berdasarkan kaedah feqah "menutup pintu fitnah atau Saddul Az-Zara'i itu wajib".

Satu kaedah lain menjelaskan "Sesuatu yang boleh membawa kepada haram maka hukumnya adalah haram". Sehubungan dengan itu seseorang lelaki Islam hendaklah menjauhkan perkara ini untuk mendapatkan keselamatan diri. Jika ia bertanya perempuan berkenaan tentang tarikh penetapan perkahwinan, beberapa ramai yang hendak datang meminang, hari apa-apa majlis itu hendak diadakan dan lain-lain yang ada hubungan dengan urusan perkahwinan, dan masanya pula tidak lama, tanpa pula ada kata-kata yang mengghairahkan, maka hukumnya adalah harus. Bagaimanapun sebaiknya pihak lelaki hendaklah bertemu terus dengan pihak keluarga perempuan untuk menguruskan perkara itu, kerana ia lebih selamat dari fitnah.

 Wallau A'lam.

brought to you by : jom tutup aurat dan jaga akhlak (facebook)
                            http://www.tagged.com/jagaauratanda (tagged)

Sumber: ustaznoramin.blogspot.com 

permasalahan agama


seorang wanita keluar tanpa mahram maka perbuatan sebegini mudah berlaku
Ber "dating" hukumnya adalah haram kerana salah satu puncanya adalah mrk sebenarnya tidak sunyi dari melakukan aksi sebegini dan hilang sifat malu dalam diri...

Jodoh.....


*artikel ne  copy paste dri facebook shbt...hnya skdar renungan bersama=)

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.


Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....
~renungan bersama~





Adam&hawa

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.



Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ,,,,,,,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...