ASsalamualaikum
::pena berbicara
lagi::
hari ne nak share ckit....kita sekarang
dihidupkan oleh Allah, di bumi Allah dan di dalam zaman yang Allah tentukan.
Selepas itu kita akan dikembalikan, sama ada disedari atau tidak ke salah satu
daripada dua negeri yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka.
Sekarang kita sedang berjalan ke destinasi
yang kita sendiri pilih - syurga atau neraka. Allah menyediakan dua jalan untuk
kita pilih. Terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jejak ke syurga
atau jejak ke neraka.
Namun begitu, Allah
sudah memberitahu kita di dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan
dan pengalaman manis di syurga. Begitu juga dijelaskan betapa azabnya
kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Nabi Muhammad saw. juga
menguatkan lagi melalui hadis-hadisnya yang masih segar dibaca dan didengar
hingga ke hari ini.
Sebagai makhluk yang
diberikan kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko
yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya. Setiap sesuatu itu ada
sebab-musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya
di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah masukkan
seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka.
Terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak syurga atau jejak
neraka...