assalamualaikum..
pena berbicara lagi..
Ramai dikalangan manusia yang tidak
mampu berlapang dada menerima pendapat manusia lain walaupun dia
mempunyai pendapat sendiri, tidak kira dalam pelbagai urusan.
Peniaga dengan cara peniaga, agamawan
dengan cara agamawan.
Kadang-kadang perbezaan sampai kepada
perkara usul aqidah, ini bahaya.
Perbezaan pendapat sangat baik, kerana ia mencetuskan idea yang berlainan, cara fikir yang berbeza, pengetahuan
yang meluas, menentukan jati diri seseorang.
Sesungguhnya, "ikhtilaf itu
rahmat".
Yang menjadi rahmat itu apabila
masing-masing berbesar hati menerima dan bersedia berhujah dengan hujah ilmiah
tanpa di dorong dengan nafsu amarah.
Perumpamaan
Tiga orang pelajar yang duduk di dalam
kelas dan memandang ke luar, seorang melihat kepada pokok, seorang lagi melihat
kepada awan, dan seorang lagi melihat kepada kereta guru, semuanya pasti
mempunyai tafsiran berbeza terhadap objek.
Tuhan menciptakan manusia ini berbeza
dari segi cara berfikir.
Itulah kehebatan tuhan.
Dalam berbilion-bilion manusia jarang sekali mempunyai pendapat yang sama pada
waktu yang sama.
Oleh sebab itulah kita harus menerima
perbezaan pendapat, walaupun ramai yang tidak mampu menerima kerana sudah
terbiasa di didik dengan 'rasa betul'.
Apabila berlaku perbezaan, hatinya
cepat marah.
Orang-orang cerdik mengatakan
"cerek yang kecil lebih mudah panas, begitu juga orang yang berhati
kecil".
Kenapa perlu merasa panas hati apabila orang lain
berpendapat berbeza? pengalaman
kehidupan manusia itu tidak pernah sama.
Si A memandang pokok kelapa kerana dia
hanya mempunyai pengetahuan tentang buahnya, tetapi si B apabila memandang
pokok kelapa, dia tahu dari daun, batang sehingga ke buah mempunyai kegunaan
tersendiri.
Begitu juga orang yang belajar.
Kita mungkin belajar pada tempat
berbeza dengan guru yang berbeza.
Pemahaman kita dengan orang lain sudah
tentu berbeza.
Mana mungkin Si A belajar dengan guru B
tetapi mengetahui apa yang diajarkan oleh guru C pada masa yang sama.
Sikap kita melambangkan siapa kita.
Orang yang tidak boleh menerima pendapat orang lain, bermakna dia orang yang
berfikiran negatif dan selalunya baran.
Orang begini tidak boleh bekerja
secara berkumpulan atau menghadiri mesyuarat apa pun, kerana pasti
mendatangkan masalah.
Pernah suatu ketika seorang ahli
falsafah yang bernama Galileo Galilei yang lahir di Pisa pada tahun 1564
ditangkap oleh pihak gereja pada zamannya hanya kerana berbeza pendapat dalam
hal samada bumi itu bulat atau tidak.
Beliau mendapati bumi itu bulat, ini
bermakna dia bertentangan dengan pendapat gereja kerana kepercayaan gereja
ketika itu adalah bumi itu leper, Justeru, dia ditangkap kerana berbeza
pendapat dengan pihak gereja.
What you see is what you get
Cerdik pandai pernah
mengatakan"Cara kita melihat menentukan siapa kita".
Benarlah begitu, kerana seseorang yang
menjadikan suasananya positif pasti akan melihat semua perkara adalah positif.
Hadapilah perbezaan pendapat dengan
senyuman nescaya masalah itu pasti senyum kembali kepada kita.
Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa
sudut yang kita ketahui sebenarnya mempunyai sudut lain yang belum kita
ketahui.
Kadang-kadang kita tidak nampak dalam
diri ada kekurangan, dan sebab itulah kita perlu teman untuk
memberitahu.
Itulah adatnya apabila menubuhkan
kerajaan pasti ada pembangkang. Inilah fungsinya.
Kerajaan yang tidak mampu menerima
kritikan pembangkang adalah kerajaan yang lemah!.
Kesimpulan
Jadilah manusia yang cerdik dalam
member pendapat dan juga menerima perbezaan pendapat.
Lihat sahaja Umar dan Abu bakar, dua
sahabat Nabi yang sangat di hormati, mereka dapat menerima antara satu
sama lain walaupun mempunyai banyak perbezaan pendapat.
Mereka adalah manusia yang cerdik dan
pintar.
Seharusnya orang yang ingin menjadi
cerdik dan pintar mencontohi akhlak mereka.
Mengakui kelemahan diri itu sebenarnya
bukan hina malah itu lah sifat hamba yang soleh.
Sebenarnya musuh yang paling hebat di
dunia ini ialah diri kita sendiri.
Orang lain tidak mampu membuat kita
risau kecuali diri kita sendiri yang membuatnya risau..
maaf la kpd tuan pnya gambar..ana ambik 2k tujuan dakwah..:)